Minggu 1 
Tugasan...
Penggunaan Enjin Pencarian Bahasa Melayu
- Menggunakan Web, Video, Audio dan Imej
- Menggunakan Kata Kunci, Frasa Yang Sesuai Untuk Mendapatkan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
- Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Fail Internet dan Katalog
1. Menggunakan Web, Video, Audio dan Imej
Enjin carian ialah tapak sesawang yang digunakan untuk membantu penggunan internet mengenalpasti alamat dokumen yang diperlukan. Enjin carian memaparkan pautan kepada sesawang berdasarkan kata kunci atau frasa yang ditaip oleh pengguna di medan carian.
Secara umumnya, enjin carian berfungsi sebagai enjin carian yang menggunakan perisisan yang dikenali sebagai lelebah atau spider untuk membuat carian internet. Carian dokumen adalah berdasarkan perkataan yang penting dalam dokumen sesawang; membina indeks berdasarkan perkataan yang terdapat dalam dokumen sesawang; mengizinkan pengguna mencapai pangkalan datanya dan membuat carian menggunakan kata kunci atau frasa untuk dipadankan dengan perkataan dalam indeks carian; dan memaparkan pautan teks ke dokumen yang berkenaan dalam dokumen.
Terdapat beberapa jenis pembekal maklumat yang selalu digunakan oleh pengguna internet namun yang sering digunakan ialah seperti Google dan Yahoo.
Berikut adalah cara untuk mencari bahan menggunakan pembekal maklumat yang digunakan. Bahan ini saya kongsikan daripada rujukan yang saya perolehi melalui pensyarah.
Menyimpan Bahan dalam Bentuk Fail Internet dan Katalog
Alamat Internet
Tajuk : Langkah-langkah keselamatan jalan raya
|
Tajuk : Tips Penjagaan Kesihatan
|
Tajuk : 35 Petua Pelajar Cemerlang
|
Tajuk : Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca dan penyelesaian
|
Tajuk : Koleksi Pantun Nasihat
|
Tajuk : Koleksi Pantu Lawak
|
Tajuk : Kata Nama
|
Tajuk : Kata Kerja
|
Tajuk : Kata Nama Khas
|
Tajuk : Jenis-jenis Karangan
|
Tajuk : Cara Mengatasi Emosi Negatif
|
Tajuk : Kesan Merokok Terhadap kesihatan
|
Tajuk : Asal-Usul Kucing Persia
|
Tajuk : Kenapa Bunga Raya Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan
URL : http://ibnismail.wordpress.com/2008/08/21/kenapa-bunga-raya-dipilih- sebagai-bunga-kebangsaan/
|
Tajuk : Ciri-Ciri Karangan Yang Baik
|
Tajuk : Definisi Bahan Bnatu Mengajar
|
Tajuk : Ciri-ciri Bilik Darjah Yang Kondusif
|
Tajuk : Akronim
|
Tajuk : Antonim dan Sinonim
|
Tajuk : Fonologi Bahasa Melayu
|
Tajuk : Fonem
|
Tajuk : Frasa
|
Katalog Internet
Tajuk
Asal- Usul Kucing Persia
|
URL
|
Sinopsis
Kucing Persia adalah kucing berambut panjang dengan wajah bulat dan hidung pesek (pendek). Kucing Persia merupakan ras kucing tertua dan berasal dari dataran Persia Iran. Kucing Persia dan Kucing Anggora hampir mirip.
|
Tajuk
Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan
|
URL
|
Sinopsis
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilh sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran dan bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya member maksud lima prinsip Rukun Negara.
|
Tajuk
Khasiat Buah Durian
|
URL
|
Sinopsis
Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolestrol dan membersihkan darah. Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Buah durian juga baik dimakan ketika demam.
|
Tajuk
Kesan Merokok Terhadap Kesihatan
|
URL
|
Sinopsis
Pelbagai jawapan diberikan oleh individu yang merokok sekiranya dipersoalkan mengapa mereka merokok. Kesemua jawapan yang diberikan kelihatan seperti positif, namun mereka tidak sedar akan masalah kesihatan yang akan mereka hidapai sekiranya merokok. Mereka boleh menghidapai penyakit koronari jantung, kanser peparu, brokintis kronik emfisima. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kecergasan fizikal dan daya tahan. Pernafasan juga boleh terganggu. Sedar atau tidak, bau asap rokok boleh mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok.
|
Tajuk
Ciri-Ciri Karangan Yang Baik
|
URL
|
Sinopsis
Karangan yang baik akan mendapat markah sebanyak 80 hinggan 100. Calon juga haruslah menulis takrif karangan tepat sekali iaitu dengan menurut kehendak soalan. Karangan yang dihasilkan juga haruslah mempunyai cirri-ciri kematangan. Contohnya dapat mengemukakan pendapat, pandangan, atau cadangan yang baik atau bernas dan beberapa cirri yang lain. Isi juga dapat dikembangkan dengan baik.Pengolahan istimewa dan menarik, bahasa sangat memuaskan dan sebagainya.
|
Tajuk
Bahan Bantu Mengajar
|
URL
|
Sinopsis
Bahan bantu mengajar bermaksud segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran. Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu, bahan bantu mengajar bukan elektronik, berbentuk elektronik dan bercorak pengalaman.
|
Tajuk
Ciri-Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif
|
URL
|
Sinopsis
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi dan disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Dari segi saiz bilik darjah pula, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah untuk memudahkan pergerakan murid dan guru.
|
Tajuk
Langkah-Langkah Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan
|
URL
|
Sinopsis
Antara langkah yang disarankan dalam menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya adalah seperti melaksanakan program pembaikan kos rendah ke atas lokasi-lokasi kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti, menghentikan aktiviti pembinaan jalan raya agar tidak mengganggu perjalanan aliran trafik, serta menjalankan rondaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi.
|
Tajuk
Akronim
|
URL
|
Sinopsis
Akronim adalah kependekan yang berupa gabungan huruf atau suku kata, atau bahagian lain yang ditulis atau dilafazkan sebagai kata yang wajar.
|
Tajuk
Antonim dan Sinonim
|
URL
|
Sinopsis
Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. (berlawan atau berpasangan). Contohnya besar lawannya kecil. Sinonim pula bermaksud kata yang sama atau yang hamper sama maknanya dengan kata-kata yang lain. (seerti atau seiras. Contohnya, cantik sama dengan indah.
|
Tajuk
Sistem Ejaan –Diftong-
|
URL
|
Sinopsis
Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vocal yang menghasilkan bunyi rangkap. Huruf diftong berbunyi ai, au, dan oi. Contoh, bangau, pakai, sengau dan sebagainya. Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf.
|
Tajuk
Fonem Bahasa Melayu
|
URL
|
Sinopsis
Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, / ә/, /i/, /o/, /u/.
Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui ronggan tekak dan mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal dapat dibahagikan kepada tiga iaitu vocal hadapan, tengah dan belakang. Fonem konsonan bahasa Melayu pula terdiri daripada 25 konsonan.
|
Tajuk
Frasa
|
URL
|
Sinopsis
Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri dari satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai ayat. Frasa terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa adjektif.
|
Tajuk
Kata Tunggal
|
URL
|
Sinopsis
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis.
|
Tajuk
Kata Majmuk
|
Sinopsis
Kata majmuk adalah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah. Kata majmuk terdiri daripada rangkaian kata bebas, berbentuk istilah khusus dan yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
|






No comments:
Post a Comment